Sabtu, Februari 28, 2009

Orang Yang Mulia Di sisi Allah Adalah Orang Yang Bertaqwa


setelah penat shoping kat bandar Sibu dan nak mabuk naik speedboat heheheh jadi nak hilangkan kepenatan ana buat khat lagi..ni karya terbaru untuk tatapan sahabat dan minta komen daripada sahabat2..dah lama tak tulis khat riq'ah dan diwani..terasa 'kekok' nak tulis..hehehe

Khamis, Februari 26, 2009

Kelebihan orang berilmu



sudah penat buat soalan exam student jadi nak hilangkan tekanan buat soalan jadi ambil resam dan terus 'gomo' khat..hasilnya jadi camnilah..syok tulis sampai terlupa nak letak titik untuk perkataan 'allazi' jadi lukis ajela dengan pen..hehehe

Ni plak khat nasakh yang tak seberapa..minat sangatla gaya turki ni..

Khat U.Ilham


Hahaha ni plak khat U.Ilham..tengok cara beliau pegang resam..tangan kiri tuuuu..beliau dapat tempat ke-3 masa tu kalau tak silapla..sory u.Ilham ye upload tanpa kebenaran..hehehe

Khat Syed Umar


Ni plak khat syed Umar..beliau dapat saguhati masa kat melaka tahun lepas..beliau juga merupakan penggita khat di Terengganu..Khat beliau ada di mana sahaja di Terengganu kerana banya mendapat tempahan..beliau suka membawa gaya mesir begitu juga adik beliau iaitu syed Ubaidillah..serta abang beliau iaitu syed Abu Bakar

Thuluth U.Halias


Ni ana ambik gambar beliau semasa pertandingan khat di melaka tahun lepas..memang lawa thuluth beliau..tapi beliau kata masih tak puas hati lagi..khat ni jd johan tau..hehe

Rabu, Februari 25, 2009

Khat Ustaz Halias


Ni khat Nazakh U.Halias..ana memang suka tengok dan tiru gaya penulisan khat u.Halias ni cz beliau membawa gaya Turki dalam penulisan beliau..khat beliau memang mantap dan susunan huruf cukup teratur dan kemas..best tengok...

Khat Cg Hidayah


Ni Khat cg Hidayah..Guru GSTT kat SMK Ayer Molek tempat bakal zaujah ana ngajar..promot tuu hehehe..khat enti lawa tapi perbaiki kaedah dengan melihat buku kaedah dan berlati selalu ye..apepun nice khat

Selasa, Februari 24, 2009

Syukran U.Ilham


Syukran pd U.Ilham cz sudi tulis nama ana dan bakal zaujah ana terasa gembira sangat cz 'jogho' khat tulis khat ana..ana suka pada perkataan "him" tu..lawa dan beralun lembut..boleh diikut kaedahnye ni...apapun syukran jazilan alaika sheikh...

Isnin, Februari 23, 2009

Khat nasakh


Ni ana postkan juga khat nasakh tapi tak berapa kena dengan kaedahnya..harap dapat komen daripada rakan-rakan..lama sangat tak praktis khat nasakh maka jadi camnilah..perkataan mendidik tu tak berapa betul kaedahnya tapi nak postkan juga agar dapat komen daripada khatat sekalian...

Untuk U.Ilham


Selepas penat buat soalan exam student jadi ana startla menulis khat yang u.Ilham suruh tu..rasa berbesar hati bila u.Ilham suruh tulis cz ana ni baru nak bertatih..Thanks u.Ilham..inilah khat untuk u.Ilham harap u.Ilham berpuas hatilah

Sabtu, Februari 21, 2009

Cikgu Zaza


ni plak nama seorang cikgu (cikgu zaidatul akmal bt zainal abidin) di sekolah ana yang mintak tolong ana tulis nama die..ana tulis dan scan kemudian design pulak dengan adobe fotoshop cs2..tak berapa pandai adobe ni tapi sedang belajar sikit2..

Jumaat, Februari 20, 2009

Nasihat


Ni palak ana saje2 gatal tangan tulis..komen jangan tak komen..

nak belajar tarqib ni

Undangan Perkahwinan


Salam..khat ini ana buat utk kad kahwin ana nanti InsyaAllah hehehe..sekarang duk mendesignkan kad kahwin sendiri di samping menjalankan tugas sebagai guru..dah lama tak menulis tulisan pun jadi camnilah..harap sheikh2 al-khatat dapat komen..

Sabtu, Februari 07, 2009

Redzlin


Khat ni saya tulis utk kawan saya yang akan berkahwin nanti jadi mereka minta saya tuliskan khat untuk mereka..semoga mereka berbahagia dan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah..
(Mohd Saifulredza dan Mazilenah)

Khamis, Februari 05, 2009

Hikmah Allah Akan Kesabaran Hamba-Nya

Sabar.

Perkataan yang amat mudah disebut namun amat berat untuk ditanggung apabila diri ditimpa musibah yang amat berat. Orang yang menasihati begitu mudah mengungkapkan perkataan sabar kepada yang dinasihati. Alangkah beratnya bebanan yang ditanggung apabila ditimpa musibah dan musibah itu ialah apabila diri kehilangan sesuatu yang tersayang samada orang, pekerjaan, kereta ataupun sebagainya. Apabila ditimpa musibah ini semangat untuk bangun itu tidak dapat untuk dilakukan bagaikan dihempap batu yang besar di atas kepala.

Sekiranya kita kembali kepada role model teragung kita iaitu Rasulullah. Baginda merupakan seorang insan yang sangat penyabar orangnya. Ini dapat dilihat daripada kesabaran baginda menghadapi cemuhan daripada orang kafir Quraisy. Bagindan menerima siksaan dalam pelbagai bentuk samada fizikal mahupun emosi. Namun baginda tetap bersabar dan meneruskan dakwah Islam kepada masyarakat Arab pada masa itu. Adakah baginda tidak merasai kehilangan orang yang tersayang? Ya! Baginda melalui semua itu dengan kesabaran. Baginda kehilangan kedua-dua ayah dan ibu, datuk, anak dan juga isteri.

Namun begitu baginda mempunyai penghibur hati dan tempat mengadu apabila terasa diri amat berat menanggung dugaan. Ibarat kita mengadu kepada ayah ataupun ibu apabila inginkan sesuatu. Begitulah juga apabila baginda terasa berat menanggung dugaan maka baginda akan meminta daripada Yang Maha Esa supaya ditambahkan kesabaran dalam diri. Sayyidatina Aisyah r.a pernah berkata :

Rasulullah pernah tidak kenyang tiga hari berturut-turut tanpa sebarang makanan”

Sifat kesabaran ini akan membawa kemenangan di dunia mahupun di akhirat. Sabar dalam menuntut ilmu, sabar dalam menahan nafsu, sabar dalam menghadapi dugaan dan natijah daripada itu ialah kejayaan yang amat manis sekali yang sukat diungkapkan oleh kata-kata. Hanya yang melaluinya sahaja akan dapat merasai kamanisan nikmat sabar itu. Sayyid Qutb pernah berkata :

“ Kemenangan (berupa surga) itu adalah disimpan untuk mereka yang wajar menerimanya dan tiada yang wajar menerimanya melainkan orang-orang yang sanggup berdiri teguh sehinggan akhir. Mereka sanggup teguh menghadapi kesusahan dan penderitaan, sanggup teguh menghadapi goncangan-goncangan dan mereka sanggup menghadapi rempuhan rebut badai”

Inilah kejayaan yang terhasil daripada sifat yang mulia iaitu sabar dan balasannya adalah syurga yang penuh dengan kenikmatan.

Mintalah daripada Allah agar hati-hati kita sentiasa dipenuhi dengan kesabaran yang berterusan supaya kita mampu menanggung dugaan yang bakal ditempuhi kelak. Berdoalah dengan penuh kekhusyukkan dan pengharapan agar doa kita ini diterima dan dimakbulkan oleh Allah. Firman Allah yang bermaksud :

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina (surah Ghafir: 60).

Rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud :

Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa. (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).

Oleh itu bersabarlah mengadapi segala dugaan dan cubaan yang bakal ditempuhi kerana itu adalah tanda Allah sayangkan kita. Dia akan menguji kita untuk melihat tahap kesabaran kita menghadapi dugaan itu. Sekiranya kita sabar dan tabah maka balasannya adalah syurga.