Selasa, Januari 27, 2009

bingkisan

sekadar mengasah bakat berpuisi..mase kat u dulu ambik asas penulisan puisi dengan komposer terkenal iaitu en. Zubir Ali

Rabu, Januari 07, 2009

Orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa khusyuk dalam solatnya, meninggalkan perkara yang melalaikan, menjaga kemaluan mereka dan menunaikan zakat..kita masih mempunyai peluang yang besar untuk membetulkan diri daripada segala kesalahan yang pernah kita lakukan..Allah Maha Mengampuni segala dosa yang telah dilakukan oleh hamba-Nya dengan syarat berusaha untuk membetulkan diri dan meninggalkan perkara yang melalaikan.

Penghijrahan

5 Januari 09 saya bersama rakan-rakan telah mendapat tawaran mengajar di bumi Kenyalang..pelbagai andaian berlegar di minda tentang keadaan di sini..Hari pertama menjejakkan kaki ke buni Kenyalang ini hati terasa sangat gembira kerana dapat mencurahkan bakti di sini.. semasa menaiki kapal terbang dari KLIA saya melihat keindahan dan kekuasaan Allah dari udara.. betapa cantik dan indahnya bumi ini..tarasa kerdilnya diri ini apabila melihat kekuasaan Ilahi..awan-awan bagaikan kekabu yang indah..ku bermohon daripada Allah supaya aku diberi kekuatan dan kesabaran dalam menempuhi onak duri di tempat orang..