Rabu, Disember 23, 2009

Jumpa dengan Ustaz Halias

Pada 21 dan 22 Desember lepas ana berkesempatan bertemu dengan khattat terkenal iaitu Ustaz Halias Abu Bakar..2 hr bertemu beliau banyak perkara yang ana dapat mengenai khat daripada beliau..ana dapat skill bagaimana nk menulis Bismillah,titik biar nampak hidup,huruf2 hijaiyyah dan sebagainya..beliau tidak lokek memberikan skill menulis..ana nak bertanya banyak lagi tapi tidak mahu mengganggu beliau buat kerja..disamping itu beliau sempat juga mentashihkan khat ana namuun tak dapat lagi nak poskan tashih itu..insyaAllah dalam masa terdekat ini ana akan postka..satu lagi beliau izinkan ana membawa pulang koleksi tulisan beliau untuk ana hayatinya..maklumla nk menghayati khat ni memerlukan masa yang lama jadi beliau izinkan ana bawa pulang koleksi itu..teringat ayat beliau "ana faham jiwa anta sebab ana pernak melaluinya dulu"..sebelum berjumpa dengan Ustaz Halias ana juga berkesempatan bertemu dengan Syed Umar..khattat terkenal juga..banyak juga ana bualkan dengan beliau terutama mengenai kaedah2 dan skill yang ditulis oleh khattat2 tanahair dan antarabangsa..ana juga berhasrat hendak bertemu dengan adik beliau iaitu Syed Ubaidillah namun tidak berkesempatan lagi..kalau nak belajar khat ni perlu berguru kerana guru akan menegur tulisan kita..kadang2 kita rasa tulisan kita dah cantik namun bila berjumpa guru pasti ada komen mengenai kaedah..pepatah arab "Rahsia khat itu tersembunyi pada pengajaran guru..."

Isnin, Disember 07, 2009

Tashih dr ustaz waleed karajah..

tashih dari Ustaz Waleed Karajah dari Jordan
هذا التصحيح من الأستاذ وليد كراجة من الأردون شكرا لك يااستاذي..الله يبارك فيك

Tashih dr ustaz waleed karajah..

هذا التصحيح من الأستاذ وليد كراجة من الأردون شكرا لك يااستاذي

Selasa, Disember 01, 2009

Isi Masa Lapang


assalamualaikum w.b.t..ni adalah hasil kerja semasa menunggu isteri habis menjaga peperiksaan SPM..so utk menghilangkan keboringan maka ana bukak kotak ubt gigi yang diisi dengan batang resam dan terus melaksanakan hobi iaitu menulis khat..celup dakwat dan terus resam menari mengikut rentak naluri dan akal lalu diterjemahkan di atas kertas dan terus menghasilkan sebuah manifestasi yang begitu mengasyikkan..hanya johari yang mengenal maniam..hehehe

Selasa, November 17, 2009

Khat utk ust Hatta Rahim


salam..ni khat utk sahabat ana di Limbang Sarawak..Ustaz Hatta Rahim..sory ye lambat tulis..hehehe

Ahad, November 15, 2009

Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Mereka yang khusyuk dalam solat mereka..


salam semua..ni khat yg ditulis mlm td..emm ada kekurangan skill tu..dh lama tak berlatih..

Rabu, November 11, 2009

Tuntut Ilmu....Allah angkat darjat org Mukmin dgn Ilmu


Asslamualaiku. rakan2 smua..sama2lah kita menuntut ilmu sebanyak mgkin sebagai bekalan kita untuk di dunia dan juga akhirat..Alla mengangkat darjat kita beberapa darjat andainya kita terus menuntut ilmu...ni post terbaru hehehe

Jumaat, Oktober 23, 2009

Untuk Letak Dalam Gambar Kahwin hehehe



salam..ni plak nk letak dlm gmbar kahwin..nk buat kelainan skit..ada khat tuuu...

Isnin, Oktober 12, 2009

Khat undangan


salam semua..ni khat undangan perkahwinan ana yang ditulis bulan lepas namun tak sempat nk postkan..jd ana postkan kali ni..sila komen apa yang patut ye...

Khamis, September 03, 2009

SALAM RAMADHAN





SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA SAHABAT..SEMOGA RAMADHAN INI MEMBAWA KITA KE ARAH MATLAMATNYA IAITU TAQWA..BINALAH DIRI UNTUK MENJADI YANG LEBIH BAIK DARI RAMADHAN-RAMADHAN YANG LEPAS..PESANAN UNTUK DIRI INI JUGA...INILAH KARYA YANG TERBARU DARIPADA ANA PADA BULAN YANG PENUH KEBERKATAN INI..MARHABAN BIKUM WA RAMADHAN KAREEM

Rabu, Ogos 12, 2009

Jemputan Walimatulurus



Assalamualaikum kepada rakan-rakan semua..anda semua dijemput untuk memeriahkan majlis walimah ana pada 24 September 2009 (zaujah ana Mariamah) dan 25 September 2009(rumah ana Bukhari)..semoga dengan kehadiran kalian di majlis kami akan membawa keberkatan dan kerahmaan kepada kami InsyaAllah..Doakanlah kami agar terus bahagia di dunia dan akhirat..InsyaAllah..

Isnin, Julai 27, 2009

Hadiah Untuk Sepupu


Assalamualaikum semua..maafla kerana dah lama tak masukkan post terbaru..kat sekolah sekarang sememangnya sibuk skit malah nak menulis pun tak sempat..tambahan pula kena melayan karenah pelajar sehingga menganggu skit 'mood' nak menulis..kali ini ana masukkan khat yang ana hadiahkan kepada sepupu ana yang berkahwin baru-baru ini..

Sabtu, Julai 04, 2009

Buat Yang Teristimewa..


hehe nama ni khas buat bakal zaujahku...semoga tabah dan sabar melayan karenah pelajar2 ye

Selasa, Jun 16, 2009

Buat Baby Sheikh Hamidi



Khat ni khas buat baby sheikh hamidi..sebagai hadiah kepada anta dan baby anta..harap terimalah walaupun tak seberapa..hehehe

Jumaat, Mei 22, 2009

Khat Nasakh Terbaru




Ni post terbaru ana..sambil jaga student exam jadi ana tulislah khat ni..dah lama tak menulis 'kekok'(janggal) jadinya..harap dapat komenlah karya kali ini..

Sabtu, Mei 09, 2009

Selamat Hari Guru 16 Mei



Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia ni..terutama sekali buat bekas guru ana di Tadika Kemas Kg Kubu, Sek. Keb. Kubu, SMA Marang, SMA(A)Sultan Zainal Abidin, SMK Agaa Durian Guling dan Pensyarah ana di Akademi Pengajian Islam dan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya..segala jasa dan didikan kalian amat berguna bagi diri ini..terima kasih semua guruku yang telah mendidik ana sampai ke tahap ini..Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian dunia dan akhirat..tidak lupa juga buat semua guru khat sekalian..selamat hari guru juga buat kalian..

Isnin, April 20, 2009

Karya Saya


Inilah karya yang terbaru..siapnya semalam..setelah penat fikir pasal student jadi ana pun ambil pen terus tulis..dapat juga ilham...harap dapat komen skit..pasti ada yang tak kena dengan khat ana ni..

Rabu, April 15, 2009

Kembali dengan karya terbaru


Inilah karya terbaru ana yang telah diedit malam tadi dengan menggunakan adobe..payah juga nak dapatkan ilham nak menulis dan mengedit ni..heheh selamat mengomen ye..terutama para khattat sekalian komenlah karya ana ni...

Isnin, April 13, 2009

Khat Terbaru


salam semua..inilah khat terbaru ana..ana gunakan adobe fotoshop utk tambah warna dan menampakkanya lebih cantik lagi..sila komen

Sabtu, Mac 21, 2009

Kembali semula



Ni tempahan khat dari sahabat ana di semenanjung..



Ni plak try buat bentuk bulat plak..tak berapa mahir lagi nak tarqib..huhuhu





Inilah khat terbaru ana..dah lama tak menulis..sibuk buat analisa dan marking paper student..emm selamat mengomen karya ana dan u.Ilham sila tashih ye...

Jumaat, Mac 13, 2009

Conteng2


Ni ana belajar tulis khat riq'ah dan nasakh..dah lama tak berlatih memang letih jg nk buat biar menjadi tapi usaha amat penting..

Assalamu'alaikum


Ucapan salam merupakan ucapan yang sangan mulia kerana di dalamnya terdapat doa kepada seseorang..doa kesejahteraan daripada segala musibah..inilah didikan Nabi kepada umatnya sehingga sahabat berlumba untuk memberi salam kepada Baginda namun Baginda terlebih dahulu dapat memberi salam kepada mereka.."Sampaikanlah salam di antara kamu"-hadis Nabi s.a.w

Khamis, Mac 12, 2009

Salam Maulid Rasul s.a.w


setelah sekian lama tak berkarya maka ni karya terbaru ana..salam maulid Rasul s.a.w buat semua..sejak akhir2 ni agak sibuk dengan urusan exam pelajar..walaupun pelajar tak berapa ramai tetapi cabarannya tetap ada..namun tatap hadapinya dengan tenang dan sabar..beginilah cabaran menjadi pendidik..kepada semua guru bersabarlah dengan perjuangan ini kerana kerja kita adalah jihad..berceramah plak..hehehe untuk renungan pada diri ini yang sentiasa alpa dan leka..

Sabtu, Mac 07, 2009

Dengan Nama Allah

Bismillahirrahmanirrahim itulah lafaz yang amat besar hikmah dan nilainya kepada kita umat Islam. Lafaz ini memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Kita banyak mendengar kisah yang menceritakan tentang kelebihan kalimah ini. Kita sebagai umat Islam hendaklah melakukan setiap pekerjaan sewajarnya memulakan dengan lafaz Bismillah supaya pekerjaan kita itu mendapat keberkatan.Dalam lafaz ini terdapat asma' Allah iaitu Allah, Al-Rahman dan Al-Rahim. Firman Allah :" Dan bagi Allah itu ada nama-nama yang baik maka berdoalah dengannya(Asma' Husna). Jadikanlah amalan kita dalam seharian dengan memulaka setiap pekerjaan kita itu dengan Bismillahirrahmanirrahim.

Khamis, Mac 05, 2009

Tambahlah Ketaqwaan Kita Kepada Allah


Setiap hari kita hendaklah tambahkan tahap ketaqwaan kita kepada Yang Esa..orang yang bertaqwa akan berjaya di dunia dan pastinya di akhirat..Allah hanya akan melihat kepada tahap ketaqwaan kita bukannya kepada paras rupa sahaja..andainya paras rupa cantik disertai dengan taqwa maka itu adalah bonus bagi kita..sebagai renungan buat diri yang hina ini yang sentiasa melakukan kesilapan dan kealpaan..ampunkan dosa2ku Ya Rabbi..

Ni Utk Adk Wawa


Ni utk adk wawa yg dah lama suruh ana tulis nama die..belajar elok2 ye...

Rabu, Mac 04, 2009

Khat Utk Sahabat


Ni khas utk u.Ilham sempena Birthday beliau..selamat hari jadi sheikh..

Utk Cg Hidayah


Ni untuk cg hidayah sebagai hadiah daripada ana..doakan kebahagiaan ana dengan bakal zaujah ana dan doakan semoga kami selamat ke jinjang pelamin nanti...kim salam sekali lagi ye..hehehe

Ahad, Mac 01, 2009

Pembetulan


Maafla ye U.Anice tersilap tulis hehe

Sabtu, Februari 28, 2009

Orang Yang Mulia Di sisi Allah Adalah Orang Yang Bertaqwa


setelah penat shoping kat bandar Sibu dan nak mabuk naik speedboat heheheh jadi nak hilangkan kepenatan ana buat khat lagi..ni karya terbaru untuk tatapan sahabat dan minta komen daripada sahabat2..dah lama tak tulis khat riq'ah dan diwani..terasa 'kekok' nak tulis..hehehe

Khamis, Februari 26, 2009

Kelebihan orang berilmu



sudah penat buat soalan exam student jadi nak hilangkan tekanan buat soalan jadi ambil resam dan terus 'gomo' khat..hasilnya jadi camnilah..syok tulis sampai terlupa nak letak titik untuk perkataan 'allazi' jadi lukis ajela dengan pen..hehehe

Ni plak khat nasakh yang tak seberapa..minat sangatla gaya turki ni..

Khat U.Ilham


Hahaha ni plak khat U.Ilham..tengok cara beliau pegang resam..tangan kiri tuuuu..beliau dapat tempat ke-3 masa tu kalau tak silapla..sory u.Ilham ye upload tanpa kebenaran..hehehe

Khat Syed Umar


Ni plak khat syed Umar..beliau dapat saguhati masa kat melaka tahun lepas..beliau juga merupakan penggita khat di Terengganu..Khat beliau ada di mana sahaja di Terengganu kerana banya mendapat tempahan..beliau suka membawa gaya mesir begitu juga adik beliau iaitu syed Ubaidillah..serta abang beliau iaitu syed Abu Bakar

Thuluth U.Halias


Ni ana ambik gambar beliau semasa pertandingan khat di melaka tahun lepas..memang lawa thuluth beliau..tapi beliau kata masih tak puas hati lagi..khat ni jd johan tau..hehe

Rabu, Februari 25, 2009

Khat Ustaz Halias


Ni khat Nazakh U.Halias..ana memang suka tengok dan tiru gaya penulisan khat u.Halias ni cz beliau membawa gaya Turki dalam penulisan beliau..khat beliau memang mantap dan susunan huruf cukup teratur dan kemas..best tengok...

Khat Cg Hidayah


Ni Khat cg Hidayah..Guru GSTT kat SMK Ayer Molek tempat bakal zaujah ana ngajar..promot tuu hehehe..khat enti lawa tapi perbaiki kaedah dengan melihat buku kaedah dan berlati selalu ye..apepun nice khat

Selasa, Februari 24, 2009

Syukran U.Ilham


Syukran pd U.Ilham cz sudi tulis nama ana dan bakal zaujah ana terasa gembira sangat cz 'jogho' khat tulis khat ana..ana suka pada perkataan "him" tu..lawa dan beralun lembut..boleh diikut kaedahnye ni...apapun syukran jazilan alaika sheikh...

Isnin, Februari 23, 2009

Khat nasakh


Ni ana postkan juga khat nasakh tapi tak berapa kena dengan kaedahnya..harap dapat komen daripada rakan-rakan..lama sangat tak praktis khat nasakh maka jadi camnilah..perkataan mendidik tu tak berapa betul kaedahnya tapi nak postkan juga agar dapat komen daripada khatat sekalian...

Untuk U.Ilham


Selepas penat buat soalan exam student jadi ana startla menulis khat yang u.Ilham suruh tu..rasa berbesar hati bila u.Ilham suruh tulis cz ana ni baru nak bertatih..Thanks u.Ilham..inilah khat untuk u.Ilham harap u.Ilham berpuas hatilah

Sabtu, Februari 21, 2009

Cikgu Zaza


ni plak nama seorang cikgu (cikgu zaidatul akmal bt zainal abidin) di sekolah ana yang mintak tolong ana tulis nama die..ana tulis dan scan kemudian design pulak dengan adobe fotoshop cs2..tak berapa pandai adobe ni tapi sedang belajar sikit2..

Jumaat, Februari 20, 2009

Nasihat


Ni palak ana saje2 gatal tangan tulis..komen jangan tak komen..

nak belajar tarqib ni

Undangan Perkahwinan


Salam..khat ini ana buat utk kad kahwin ana nanti InsyaAllah hehehe..sekarang duk mendesignkan kad kahwin sendiri di samping menjalankan tugas sebagai guru..dah lama tak menulis tulisan pun jadi camnilah..harap sheikh2 al-khatat dapat komen..

Sabtu, Februari 07, 2009

Redzlin


Khat ni saya tulis utk kawan saya yang akan berkahwin nanti jadi mereka minta saya tuliskan khat untuk mereka..semoga mereka berbahagia dan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah..
(Mohd Saifulredza dan Mazilenah)

Khamis, Februari 05, 2009

Hikmah Allah Akan Kesabaran Hamba-Nya

Sabar.

Perkataan yang amat mudah disebut namun amat berat untuk ditanggung apabila diri ditimpa musibah yang amat berat. Orang yang menasihati begitu mudah mengungkapkan perkataan sabar kepada yang dinasihati. Alangkah beratnya bebanan yang ditanggung apabila ditimpa musibah dan musibah itu ialah apabila diri kehilangan sesuatu yang tersayang samada orang, pekerjaan, kereta ataupun sebagainya. Apabila ditimpa musibah ini semangat untuk bangun itu tidak dapat untuk dilakukan bagaikan dihempap batu yang besar di atas kepala.

Sekiranya kita kembali kepada role model teragung kita iaitu Rasulullah. Baginda merupakan seorang insan yang sangat penyabar orangnya. Ini dapat dilihat daripada kesabaran baginda menghadapi cemuhan daripada orang kafir Quraisy. Bagindan menerima siksaan dalam pelbagai bentuk samada fizikal mahupun emosi. Namun baginda tetap bersabar dan meneruskan dakwah Islam kepada masyarakat Arab pada masa itu. Adakah baginda tidak merasai kehilangan orang yang tersayang? Ya! Baginda melalui semua itu dengan kesabaran. Baginda kehilangan kedua-dua ayah dan ibu, datuk, anak dan juga isteri.

Namun begitu baginda mempunyai penghibur hati dan tempat mengadu apabila terasa diri amat berat menanggung dugaan. Ibarat kita mengadu kepada ayah ataupun ibu apabila inginkan sesuatu. Begitulah juga apabila baginda terasa berat menanggung dugaan maka baginda akan meminta daripada Yang Maha Esa supaya ditambahkan kesabaran dalam diri. Sayyidatina Aisyah r.a pernah berkata :

Rasulullah pernah tidak kenyang tiga hari berturut-turut tanpa sebarang makanan”

Sifat kesabaran ini akan membawa kemenangan di dunia mahupun di akhirat. Sabar dalam menuntut ilmu, sabar dalam menahan nafsu, sabar dalam menghadapi dugaan dan natijah daripada itu ialah kejayaan yang amat manis sekali yang sukat diungkapkan oleh kata-kata. Hanya yang melaluinya sahaja akan dapat merasai kamanisan nikmat sabar itu. Sayyid Qutb pernah berkata :

“ Kemenangan (berupa surga) itu adalah disimpan untuk mereka yang wajar menerimanya dan tiada yang wajar menerimanya melainkan orang-orang yang sanggup berdiri teguh sehinggan akhir. Mereka sanggup teguh menghadapi kesusahan dan penderitaan, sanggup teguh menghadapi goncangan-goncangan dan mereka sanggup menghadapi rempuhan rebut badai”

Inilah kejayaan yang terhasil daripada sifat yang mulia iaitu sabar dan balasannya adalah syurga yang penuh dengan kenikmatan.

Mintalah daripada Allah agar hati-hati kita sentiasa dipenuhi dengan kesabaran yang berterusan supaya kita mampu menanggung dugaan yang bakal ditempuhi kelak. Berdoalah dengan penuh kekhusyukkan dan pengharapan agar doa kita ini diterima dan dimakbulkan oleh Allah. Firman Allah yang bermaksud :

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina (surah Ghafir: 60).

Rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud :

Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa. (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).

Oleh itu bersabarlah mengadapi segala dugaan dan cubaan yang bakal ditempuhi kerana itu adalah tanda Allah sayangkan kita. Dia akan menguji kita untuk melihat tahap kesabaran kita menghadapi dugaan itu. Sekiranya kita sabar dan tabah maka balasannya adalah syurga.

Selasa, Januari 27, 2009

bingkisan

sekadar mengasah bakat berpuisi..mase kat u dulu ambik asas penulisan puisi dengan komposer terkenal iaitu en. Zubir Ali

Rabu, Januari 07, 2009

Orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa khusyuk dalam solatnya, meninggalkan perkara yang melalaikan, menjaga kemaluan mereka dan menunaikan zakat..kita masih mempunyai peluang yang besar untuk membetulkan diri daripada segala kesalahan yang pernah kita lakukan..Allah Maha Mengampuni segala dosa yang telah dilakukan oleh hamba-Nya dengan syarat berusaha untuk membetulkan diri dan meninggalkan perkara yang melalaikan.

Penghijrahan

5 Januari 09 saya bersama rakan-rakan telah mendapat tawaran mengajar di bumi Kenyalang..pelbagai andaian berlegar di minda tentang keadaan di sini..Hari pertama menjejakkan kaki ke buni Kenyalang ini hati terasa sangat gembira kerana dapat mencurahkan bakti di sini.. semasa menaiki kapal terbang dari KLIA saya melihat keindahan dan kekuasaan Allah dari udara.. betapa cantik dan indahnya bumi ini..tarasa kerdilnya diri ini apabila melihat kekuasaan Ilahi..awan-awan bagaikan kekabu yang indah..ku bermohon daripada Allah supaya aku diberi kekuatan dan kesabaran dalam menempuhi onak duri di tempat orang..