Rabu, Disember 23, 2009
Jumpa dengan Ustaz Halias
Isnin, Disember 07, 2009
Tashih dr ustaz waleed karajah..
Selasa, Disember 01, 2009
Isi Masa Lapang

assalamualaikum w.b.t..ni adalah hasil kerja semasa menunggu isteri habis menjaga peperiksaan SPM..so utk menghilangkan keboringan maka ana bukak kotak ubt gigi yang diisi dengan batang resam dan terus melaksanakan hobi iaitu menulis khat..celup dakwat dan terus resam menari mengikut rentak naluri dan akal lalu diterjemahkan di atas kertas dan terus menghasilkan sebuah manifestasi yang begitu mengasyikkan..hanya johari yang mengenal maniam..hehehe
Selasa, November 17, 2009
Ahad, November 15, 2009
Rabu, November 11, 2009
Tuntut Ilmu....Allah angkat darjat org Mukmin dgn Ilmu
Jumaat, Oktober 23, 2009
Isnin, Oktober 12, 2009
Khat undangan
Khamis, September 03, 2009
SALAM RAMADHAN


SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA SAHABAT..SEMOGA RAMADHAN INI MEMBAWA KITA KE ARAH MATLAMATNYA IAITU TAQWA..BINALAH DIRI UNTUK MENJADI YANG LEBIH BAIK DARI RAMADHAN-RAMADHAN YANG LEPAS..PESANAN UNTUK DIRI INI JUGA...INILAH KARYA YANG TERBARU DARIPADA ANA PADA BULAN YANG PENUH KEBERKATAN INI..MARHABAN BIKUM WA RAMADHAN KAREEM
Rabu, Ogos 12, 2009
Jemputan Walimatulurus

Assalamualaikum kepada rakan-rakan semua..anda semua dijemput untuk memeriahkan majlis walimah ana pada 24 September 2009 (zaujah ana Mariamah) dan 25 September 2009(rumah ana Bukhari)..semoga dengan kehadiran kalian di majlis kami akan membawa keberkatan dan kerahmaan kepada kami InsyaAllah..Doakanlah kami agar terus bahagia di dunia dan akhirat..InsyaAllah..
Isnin, Julai 27, 2009
Hadiah Untuk Sepupu

Assalamualaikum semua..maafla kerana dah lama tak masukkan post terbaru..kat sekolah sekarang sememangnya sibuk skit malah nak menulis pun tak sempat..tambahan pula kena melayan karenah pelajar sehingga menganggu skit 'mood' nak menulis..kali ini ana masukkan khat yang ana hadiahkan kepada sepupu ana yang berkahwin baru-baru ini..
Sabtu, Julai 04, 2009
Selasa, Jun 16, 2009
Buat Baby Sheikh Hamidi
Jumaat, Mei 22, 2009
Khat Nasakh Terbaru
Sabtu, Mei 09, 2009
Selamat Hari Guru 16 Mei

Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia ni..terutama sekali buat bekas guru ana di Tadika Kemas Kg Kubu, Sek. Keb. Kubu, SMA Marang, SMA(A)Sultan Zainal Abidin, SMK Agaa Durian Guling dan Pensyarah ana di Akademi Pengajian Islam dan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya..segala jasa dan didikan kalian amat berguna bagi diri ini..terima kasih semua guruku yang telah mendidik ana sampai ke tahap ini..Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian dunia dan akhirat..tidak lupa juga buat semua guru khat sekalian..selamat hari guru juga buat kalian..
Isnin, April 20, 2009
Karya Saya
Rabu, April 15, 2009
Kembali dengan karya terbaru
Isnin, April 13, 2009
Khat Terbaru
Sabtu, Mac 21, 2009
Kembali semula
Jumaat, Mac 13, 2009
Conteng2
Assalamu'alaikum

Ucapan salam merupakan ucapan yang sangan mulia kerana di dalamnya terdapat doa kepada seseorang..doa kesejahteraan daripada segala musibah..inilah didikan Nabi kepada umatnya sehingga sahabat berlumba untuk memberi salam kepada Baginda namun Baginda terlebih dahulu dapat memberi salam kepada mereka.."Sampaikanlah salam di antara kamu"-hadis Nabi s.a.w
Khamis, Mac 12, 2009
Salam Maulid Rasul s.a.w

setelah sekian lama tak berkarya maka ni karya terbaru ana..salam maulid Rasul s.a.w buat semua..sejak akhir2 ni agak sibuk dengan urusan exam pelajar..walaupun pelajar tak berapa ramai tetapi cabarannya tetap ada..namun tatap hadapinya dengan tenang dan sabar..beginilah cabaran menjadi pendidik..kepada semua guru bersabarlah dengan perjuangan ini kerana kerja kita adalah jihad..berceramah plak..hehehe untuk renungan pada diri ini yang sentiasa alpa dan leka..
Sabtu, Mac 07, 2009
Dengan Nama Allah
Khamis, Mac 05, 2009
Tambahlah Ketaqwaan Kita Kepada Allah

Setiap hari kita hendaklah tambahkan tahap ketaqwaan kita kepada Yang Esa..orang yang bertaqwa akan berjaya di dunia dan pastinya di akhirat..Allah hanya akan melihat kepada tahap ketaqwaan kita bukannya kepada paras rupa sahaja..andainya paras rupa cantik disertai dengan taqwa maka itu adalah bonus bagi kita..sebagai renungan buat diri yang hina ini yang sentiasa melakukan kesilapan dan kealpaan..ampunkan dosa2ku Ya Rabbi..
Rabu, Mac 04, 2009
Utk Cg Hidayah
Ahad, Mac 01, 2009
Sabtu, Februari 28, 2009
Orang Yang Mulia Di sisi Allah Adalah Orang Yang Bertaqwa
Khamis, Februari 26, 2009
Kelebihan orang berilmu


sudah penat buat soalan exam student jadi nak hilangkan tekanan buat soalan jadi ambil resam dan terus 'gomo' khat..hasilnya jadi camnilah..syok tulis sampai terlupa nak letak titik untuk perkataan 'allazi' jadi lukis ajela dengan pen..hehehe
Ni plak khat nasakh yang tak seberapa..minat sangatla gaya turki ni..
Khat U.Ilham
Khat Syed Umar
Ni plak khat syed Umar..beliau dapat saguhati masa kat melaka tahun lepas..beliau juga merupakan penggita khat di Terengganu..Khat beliau ada di mana sahaja di Terengganu kerana banya mendapat tempahan..beliau suka membawa gaya mesir begitu juga adik beliau iaitu syed Ubaidillah..serta abang beliau iaitu syed Abu Bakar
Thuluth U.Halias
Rabu, Februari 25, 2009
Khat Ustaz Halias
Khat Cg Hidayah
Selasa, Februari 24, 2009
Syukran U.Ilham
Isnin, Februari 23, 2009
Khat nasakh
Untuk U.Ilham
Sabtu, Februari 21, 2009
Cikgu Zaza
Jumaat, Februari 20, 2009
Undangan Perkahwinan
Sabtu, Februari 07, 2009
Redzlin
Khamis, Februari 05, 2009
Hikmah Allah Akan Kesabaran Hamba-Nya
Sabar.
Perkataan yang amat mudah disebut namun amat berat untuk ditanggung apabila diri ditimpa musibah yang amat berat. Orang yang menasihati begitu mudah mengungkapkan perkataan sabar kepada yang dinasihati. Alangkah beratnya bebanan yang ditanggung apabila ditimpa musibah dan musibah itu ialah apabila diri kehilangan sesuatu yang tersayang samada orang, pekerjaan, kereta ataupun sebagainya. Apabila ditimpa musibah ini semangat untuk bangun itu tidak dapat untuk dilakukan bagaikan dihempap batu yang besar di atas kepala.
Sekiranya kita kembali kepada role model teragung kita iaitu Rasulullah. Baginda merupakan seorang insan yang sangat penyabar orangnya. Ini dapat dilihat daripada kesabaran baginda menghadapi cemuhan daripada orang kafir Quraisy. Bagindan menerima siksaan dalam pelbagai bentuk samada fizikal mahupun emosi. Namun baginda tetap bersabar dan meneruskan dakwah Islam kepada masyarakat Arab pada masa itu. Adakah baginda tidak merasai kehilangan orang yang tersayang? Ya! Baginda melalui semua itu dengan kesabaran. Baginda kehilangan kedua-dua ayah dan ibu, datuk, anak dan juga isteri.
Namun begitu baginda mempunyai penghibur hati dan tempat mengadu apabila terasa diri amat berat menanggung dugaan. Ibarat kita mengadu kepada ayah ataupun ibu apabila inginkan sesuatu. Begitulah juga apabila baginda terasa berat menanggung dugaan maka baginda akan meminta daripada Yang Maha Esa supaya ditambahkan kesabaran dalam diri. Sayyidatina Aisyah r.a pernah berkata :
“ Rasulullah pernah tidak kenyang tiga hari berturut-turut tanpa sebarang makanan”
Sifat kesabaran ini akan membawa kemenangan di dunia mahupun di akhirat. Sabar dalam menuntut ilmu, sabar dalam menahan nafsu, sabar dalam menghadapi dugaan dan natijah daripada itu ialah kejayaan yang amat manis sekali yang sukat diungkapkan oleh kata-kata. Hanya yang melaluinya sahaja akan dapat merasai kamanisan nikmat sabar itu. Sayyid Qutb pernah berkata :
“ Kemenangan (berupa surga) itu adalah disimpan untuk mereka yang wajar menerimanya dan tiada yang wajar menerimanya melainkan orang-orang yang sanggup berdiri teguh sehinggan akhir. Mereka sanggup teguh menghadapi kesusahan dan penderitaan, sanggup teguh menghadapi goncangan-goncangan dan mereka sanggup menghadapi rempuhan rebut badai”
Inilah kejayaan yang terhasil daripada sifat yang mulia iaitu sabar dan balasannya adalah syurga yang penuh dengan kenikmatan.
Mintalah daripada Allah agar hati-hati kita sentiasa dipenuhi dengan kesabaran yang berterusan supaya kita mampu menanggung dugaan yang bakal ditempuhi kelak. Berdoalah dengan penuh kekhusyukkan dan pengharapan agar doa kita ini diterima dan dimakbulkan oleh Allah. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina (surah Ghafir: 60).
Rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud :
“Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa. (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).
Oleh itu bersabarlah mengadapi segala dugaan dan cubaan yang bakal ditempuhi kerana itu adalah tanda Allah sayangkan kita. Dia akan menguji kita untuk melihat tahap kesabaran kita menghadapi dugaan itu. Sekiranya kita sabar dan tabah maka balasannya adalah syurga.
Selasa, Januari 27, 2009
bingkisan
Rabu, Januari 07, 2009
