Sabtu, Mac 07, 2009

Dengan Nama Allah

Bismillahirrahmanirrahim itulah lafaz yang amat besar hikmah dan nilainya kepada kita umat Islam. Lafaz ini memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Kita banyak mendengar kisah yang menceritakan tentang kelebihan kalimah ini. Kita sebagai umat Islam hendaklah melakukan setiap pekerjaan sewajarnya memulakan dengan lafaz Bismillah supaya pekerjaan kita itu mendapat keberkatan.Dalam lafaz ini terdapat asma' Allah iaitu Allah, Al-Rahman dan Al-Rahim. Firman Allah :" Dan bagi Allah itu ada nama-nama yang baik maka berdoalah dengannya(Asma' Husna). Jadikanlah amalan kita dalam seharian dengan memulaka setiap pekerjaan kita itu dengan Bismillahirrahmanirrahim.

Tiada ulasan: